Jika diimbas kembali mengenai sebuah peristiwa bencana alam yang berlaku beberapa tahun lalu, angka 26 kerap menjadi tarikh terjadinya malapetaka yang paling dahsyat dalam sejarah.Sebagai bukti, berikut adalah data bencana dari 1500 hingga 2000 yang pernah menghancurkan sebahagian planet ini, sekaligus meragut banyak nyawa.
• 26 Jan 1531 - gempa bumi di Lisbon, Portugal.
• 26 Jan 1700 - gempa di Laut Pasifik.
• 26 Jul 1805 - gempa bumi di Naples, Calabria, Itali.
• 26 Ogos 1883 - Gunung Krakatau, Indonesia meletus.
• 26 Dis 1861 - gempa bumi di Egion, Greece.
• 26 Mac 1872 - gempa bumi di Owens Valley, Amerika Syarikat.
• 26 Nov 1902 - gempa bumi di Bohemia yang kini dikenali sebagai Republik Czech.
• 26 Nov 1930 - gempa bumi di Izu Island, Jepun.
• 26 Sept 1932 - gempa bumi di di Ierissos, Greece.
• 26 Dis 1932 - gempa bumi di Kansu, China.
• 26 Okt 1935 - gempa bumi di Colombia.
• 26 Dis 1939 - gempa bumi di Erzincan, Turki.
• 26 Dis 1943 - gempa bumi di Tosya Ladik, Turki.
• 26 Dis 1949 - gempa bumi di Imaichi, Jepun.
• 26 Mei 1957 - gempa bumi di Bolu Abant, Turki.
• 26 Mac 1963 - gempa bumi di Wakasa Bay, Jepun.
• 26 Julai 1963 - gempa bumi di Skopje, Yugoslavia.
• 26 Mei 1964 - gempa bumi di Sandwich Island, Lautan Atlantik.
• 26 Jul 1967 - gempa bumi di Pulumur, Turki.
• 26 Sept 1970 - gempa bumi Bahia Solano, Colombia.
• 26 Jul 1971 - gempa bumi di Solomon Island.
• 26 April 1972 - gempa bumi di Ezine, Turki.
• 26 Mei 1975 - gempa bumi di North Atlantik.
• 26 Mac 1977 - gempa bumi di Palu, Turki.
• 26 Dis 1979 - gempa bumi Caslisle, England.
• 26 April 1981 - gempa bumi di Westmorland, Amerika Syarikat.
• 26 Mei 1983 - gempa bumi di Nihonkai, Chubu, Jepun.
• 26 Jan 1985 - gempa bumi di Mendoza, Argentina.
• 26 Jan 1986 - gempa bumi di Tres Pinos, Amerika Syarikat.
• 26 Apr 1992 - gempa bumi di Cape Mendocino, California/
• 26 Okt1997 - gempa bumi di Itali.
• 26 Dis 2004 - tsunami di Aceh, Indonesia.
• 26 Mei 2006 - gempa bumi di Jogja, Indonesia.
• 26 Jun 2010 - gempa bumi di Tasikmalaya, Indonesia.
• 26 okt 2010 - tsunami di Mentawai, Sumatera Barat, Indonesia.
• 26 Okt 2010 - letusan Gunung Merapi, Pulau Jawa di Indonesia.
Pelik, mengapa semua kejadian tersebut berlaku tepat pada 26 hari bulan?
Apakah secara kosmologi, jika tiba tarikh tersebut atau pada setiap penghujung bulan, bumi menjadi tidak tenteram hingga meletuskan bencana kepada isi alam ini? Atau dengan kata lain, apakah angka berkenaan adalah pencetus malapetaka?
Komuniti sains telah melakukan banyak kajian untuk mengetahui bilakah tarikh tepat berlakunya bencana alam di muka bumi seperti gempa bumi. Tambahan pulak, pada hari ini sudah ada teknologi canggih yang boleh mengesan gegaran, walaupun disebabkan oleh sehelai rambut.
Malangnya, kumpulan pakar sendiri tidak boleh meramal tarikh spesifik bila gempa bumi akan meletus, meskipun terdapat teknologi dan data lengkap mengenainya. Apa yang boleh dilakukan oleh pakar ialah hanya memberi ramalan bila gempa bumi akan berlaku dalam tahun-tahun tertentu.
Justeru, pada pandangan saintis, nombor misteri itu bukanlah pencetus bencana, tetapi apa yang berlaku itu ada kemungkinan cuma kebetulan saja.
P/S :: banyak surah-surah suci di mana pada ayat ke-26 menceritakan kelalaian manusia di dunia dan mungkin ini jawapan kepada misteri kejadian pada tarikh ini.Hanya Allah mengetahuinya.