Friday, 4 January 2013

5 Ciptaan Manusia Yang Pelik Tapi Hebat


1.THE MILLAU VIADUCT
Merupakan jambatan yang tertinggi dunia, jambatan ini menghubungkan antara Perancis dan Barcelona.



2.Tempat parking konsep baru di negara Jerman



3.Halte Bus Ber-AC pertama di dunia, di negara Dubai



4.Lift tercepat di dunia telah dipasang di Taipei 101 ( bangunan tertinggi di dunia ), lift nya boleh naik dari tingkat 5 menuju tingkat 89 dalam 39saat



5.Restoran bawah laut yg oleh di lihat melalui permandangan dari dlam, telah dibuka di New Zealand



Monday, 31 December 2012

Planet kembar Bumi ditemui


Lebih 800 exoplanet sesuai didiami makhluk Bumi dikenal pasti berada di luar Sistem Suria. Foto: ESA/Hubble, NASA


SAN JUAN - Planet asing yang sesuai didiami makhluk Bumi akan dikenal pasti pada tahun depan, menurut laporan terbaru saintis baru-baru ini.


Saintis di Universiti Puerto Rico di Arecibo, Abel Mendez berkata, mereka yakin akan menemui planet 'kembar' Bumi yang pertama dalam masa terdekat memandangkan ahli astronomi telah menemui beberapa exoplanet (planet di luar Sistem Suria) sejak beberapa tahun lalu.


Difahamkan, pertama kali exoplanet ditemui pada tahun 1995 dan sejak itu lebih 800 dikenal pasti berada di luar Sistem Suria. Teleskop angkasa Kepler milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) juga telah mengesan lebih 2,300 planet asing berpotensi untuk didiami sejak Mac 2009. - SPACE.com

Misteri 26





Jika diimbas kembali mengenai sebuah peristiwa bencana alam yang berlaku beberapa tahun lalu, angka 26 kerap menjadi tarikh terjadinya malapetaka yang paling dahsyat dalam sejarah.Sebagai bukti, berikut adalah data bencana dari 1500 hingga 2000 yang pernah menghancurkan sebahagian planet ini, sekaligus meragut banyak nyawa.

• 26 Jan 1531 - gempa bumi di Lisbon, Portugal.
• 26 Jan 1700 - gempa di Laut Pasifik.
• 26 Jul 1805 - gempa bumi di Naples, Calabria, Itali.
• 26 Ogos 1883 - Gunung Krakatau, Indonesia meletus.
• 26 Dis 1861 - gempa bumi di Egion, Greece.
• 26 Mac 1872 - gempa bumi di Owens Valley, Amerika Syarikat.
• 26 Nov 1902 - gempa bumi di Bohemia yang kini dikenali sebagai Republik Czech.
• 26 Nov 1930 - gempa bumi di Izu Island, Jepun.
• 26 Sept 1932 - gempa bumi di di Ierissos, Greece.
• 26 Dis 1932 - gempa bumi di Kansu, China.
• 26 Okt 1935 - gempa bumi di Colombia.
• 26 Dis 1939 - gempa bumi di Erzincan, Turki.
• 26 Dis 1943 - gempa bumi di Tosya Ladik, Turki.
• 26 Dis 1949 - gempa bumi di Imaichi, Jepun.
• 26 Mei 1957 - gempa bumi di Bolu Abant, Turki.
• 26 Mac 1963 - gempa bumi di Wakasa Bay, Jepun.
• 26 Julai 1963 - gempa bumi di Skopje, Yugoslavia.
• 26 Mei 1964 - gempa bumi di Sandwich Island, Lautan Atlantik.
• 26 Jul 1967 - gempa bumi di Pulumur, Turki.
• 26 Sept 1970 - gempa bumi Bahia Solano, Colombia.
• 26 Jul 1971 - gempa bumi di Solomon Island.
• 26 April 1972 - gempa bumi di Ezine, Turki.
• 26 Mei 1975 - gempa bumi di North Atlantik.
• 26 Mac 1977 - gempa bumi di Palu, Turki.
• 26 Dis 1979 - gempa bumi Caslisle, England.
• 26 April 1981 - gempa bumi di Westmorland, Amerika Syarikat.
• 26 Mei 1983 - gempa bumi di Nihonkai, Chubu, Jepun.
• 26 Jan 1985 - gempa bumi di Mendoza, Argentina.
• 26 Jan 1986 - gempa bumi di Tres Pinos, Amerika Syarikat.
• 26 Apr 1992 - gempa bumi di Cape Mendocino, California/
• 26 Okt1997 - gempa bumi di Itali.
• 26 Dis 2004 - tsunami di Aceh, Indonesia.
• 26 Mei 2006 - gempa bumi di Jogja, Indonesia.
• 26 Jun 2010 - gempa bumi di Tasikmalaya, Indonesia.
• 26 okt 2010 - tsunami di Mentawai, Sumatera Barat, Indonesia.
• 26 Okt 2010 - letusan Gunung Merapi, Pulau Jawa di Indonesia.

Pelik, mengapa semua kejadian tersebut berlaku tepat pada 26 hari bulan?
Apakah secara kosmologi, jika tiba tarikh tersebut atau pada setiap penghujung bulan, bumi menjadi tidak tenteram hingga meletuskan bencana kepada isi alam ini? Atau dengan kata lain, apakah angka berkenaan adalah pencetus malapetaka?

Komuniti sains telah melakukan banyak kajian untuk mengetahui bilakah tarikh tepat berlakunya bencana alam di muka bumi seperti gempa bumi. Tambahan pulak, pada hari ini sudah ada teknologi canggih yang boleh mengesan gegaran, walaupun disebabkan oleh sehelai rambut.

Malangnya, kumpulan pakar sendiri tidak boleh meramal tarikh spesifik bila gempa bumi akan meletus, meskipun terdapat teknologi dan data lengkap mengenainya. Apa yang boleh dilakukan oleh pakar ialah hanya memberi ramalan bila gempa bumi akan berlaku dalam tahun-tahun tertentu.

Justeru, pada pandangan saintis, nombor misteri itu bukanlah pencetus bencana, tetapi apa yang berlaku itu ada kemungkinan cuma kebetulan saja.

P/S :: banyak surah-surah suci di mana pada ayat ke-26 menceritakan kelalaian manusia di dunia dan mungkin ini jawapan kepada misteri kejadian pada tarikh ini.Hanya Allah mengetahuinya.

Sunday, 30 December 2012

Asamboi : Cara memasukan telur ke dalam botol

Asamboi : Cara memasukan telur ke dalam botol:                                                               Memang unik dan pelik

Cara memasukan telur ke dalam botol


                                                              Memang unik dan pelik

Saturday, 29 December 2012

Pelik! Ayam Hidup 18 Bulan Tanpa Kepala

Seekor ayam yang telah disembelih sehingga terputus kepalanya telah didapati masih hidup dan mampu berjalan seperti biasa. Ayam ini walaubagaimanapun mampu hidup selama lebih 18 bulan. Sungguh menakjubkan.





Pelik! Ayam Hidup 18 Bulan Tanpa Kepala | Ini bukanlah satu cerita rekaan tetapi kisah benar di mana seekor ayam pelik mampu hidup selama 18 bulan tanpa kepala. Ganjil bukan? Mustahil bagi sesuatu makhluk itu hidup tanpa organ atau tubuh badan yang mencukupi tambah-tambah pulak anggota badan yang hilang tu adalah kepala!  Untuk pengetahuan pembaca Melayukini.net, kejadian ayam tanpa kepala ini bermula pada 10 September 1945 atas kesilapan tuannya yang telah melakukan penyembelihan. Berkemungkin pada ketika itu ayam pelik tersebut mempunyai otak di bahagian bawah leher tetapi tidak di bahagian Pelik! Ayam Hidup 18 Bulan Tanpa Kepala | Ini bukanlah satu cerita rekaan tetapi kisah benar di mana seekor ayam pelik mampu hidup selama 18 bulan tanpa kepala. Ganjil bukan? Mustahil bagi sesuatu makhluk itu hidup tanpa organ atau tubuh badan yang mencukupi tambah-tambah pulak anggota badan yang hilang tu adalah kepala!  Untuk pengetahuan pembaca Melayukini.net, kejadian ayam tanpa kepala ini bermula pada 10 September 1945 atas kesilapan tuannya yang telah melakukan penyembelihan. Berkemungkin pada ketika itu ayam pelik tersebut mempunyai otak di bahagian bawah leher tetapi tidak di bahagian kepala. Sungguh luar biasa! Jom kita tengok gambar ayam pelik tersebut.

Kambing Tertera Nama Allah Berharga RM640 Ribu




Kambing Tertera Nama Allah Berharga RM640 Ribu - JAIPUR: Seekor kambing ditawar untuk dijual pada harga RM640,000.

Islam Bhati, 37, dari Rajasthan berusaha menjual kambing ajaib dengan harga itu kepada keluarga Islam yang menyambut Aidiladha.

Haiwan berusia dua tahun itu mempunyai perkataan ‘Allah’ tertera pada sebelah badannya.

Pada sebelah lagi, terpampang pula imej bulan sabit dan bintang.

“Ia haiwan ajaib dan saya beruntung memilikinya. Kami menjaga kambing ini seperti anak kami dan ia yang terbaik di kawasan ini.

“Kami dengan senang boleh menjual haiwan ‘suci’ ini dengan 11 juta rupi (RM640,000). Harga itu agak berpatutan,” kata Islam.

Dia yang menguruskan perdagangan batu marmar milik keluarganya membeli kambing itu di kawasan ternakan berdekatan.

“Saya menyedari mengenai perkataan Allah dan imej bintang dan bulan itu sebaik membelinya. “Sejak membawanya pulang ke rumah, kami menjaganya dan memberinya makan kekacang, daun pokok segar dan buah-buahan kering. “Dagingnya sudah pasti enak,” kata lelaki itu.

Islam ditawarkan dengan harga yang tinggi untuk kambing berkenaan sejak mengiklankannya di Internet minggu lalu.

Bagaimanapun, belum ada sesiapa mahu membelinya.

Menurutnya: “Tawaran paling tinggi yang saya terima ialah 2.5 juta rupi (RM150,000) tetapi saya menolak.

“Kambing ini tidak ternilai. Saya hanya ingin menjualnya dengan harga yang saya tawarkan. Dan jika berjaya menjualnya, saya akan mendermakan 50 peratus wang berkenaan kepada sebuah rumah anak yatim tempatan.” kata Islam. – TS